Home

Friday, 8 June 2012

Sultan Salahuddin Al-Ayubi.. Dambakan Syahid Fi Sabilillah

by Danish Farish

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah seorang Kurdis yang dilahirkan di Tikrit daripada keluarga Najm Adden Ayyub (Tikrit adalah sebuah wilayah didalam Iraq sekarang, kebetulan tempat kelahiran Allahyarham Saddam Hussein). Nama sebenar Salahuddin ialah Yussuf bin Ayyub (1137-1193). 


Sebenarnya, sejarah kegemilangan pembukaan semula Kota Baitul Maqdis dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada kuffar salibiah oleh Sultan Salahuddin bermula pada 04 Julai 1187. Pada tarikh tersebut, Sultan Salahuddin bersama tenteranya (kebanyakannya umat islam Kurdish yang bergerak daripada Dimasyq/ Damsyik) telah bertempur dalam satu peperangan besar di Hattin, menentang tentera salib dibawah pemerintahan Guy de Lusignan dan Raymond of Tripoli. Sebelum pertempuran Hattin, Sultan Salahuddin telah berjaya merobohkan benteng pertahan tentera salib di Kota Kerak (Jordan) dibawah pemerintahan Raynold de Chatillon dan tentera The Templars. Dalam pertempuran Hattin, Raynold dan Guy telah ditangkap oleh tentera Islam. Sultan Salahuddin sendiri telah memancung Raynald tetapi tidak menghukum Guy de Lasagna. 

Kejayaan menumpaskan tentera salib di Hattin pada 04 Julai 1187 telah mengubah haluan sejarah dan membuka peluang kepada Sultan Salahuddin untuk membebaskan Baitul Maqdis yang berjaya dibuka semula tiga bulan selepas itu iaitu pada 02 Oktober 1187. Bagi yang berminat dengan kisah ini, bolehlah menonton filem "The Kingdom of Heaven" lakunan Orlando Bloom dan Ghassan Massoud. Dan saya terkenang kata-kata Sultan Salahuddin semasa ditanya oleh seorang pegawainya, "ALLAH sentiasa bersama saya kerana saya sentiasa bersama ALLAH". Sultan Salahuddin seorang yang sangat bertaqwa, sangat takutkan ALLAH, dan sentiasa mendirikan solat malam. Tidak pernah merasa dirinya hebat, sentiasa bertawaddhuk serta zuhud, dan walaupun beliau sendiri bukan seorang agamawan ataupun ulama', tetapi sentiasa mengambil nasihat ulama' dan memastikan ulama' selalu disekelilingnya. Dalam mencapai cita-cita memartabatkan Islam, Sultan Salahuddin langsung tidak berkompromi dengan mereka yang memperkudakan Islam. Malahan sebelum memulakan ekspedisi membuka Kota Baitulmaqdis, Sultan Salahuddin terlebih dahulu menghapuskan semua pemimpin dan pemerintah beragama Islam tetapi tidak hidup mengikut Islam. Dan Sultan Salahuddin cukup yakin dengan bantuan ALLAH, sebab itu beliau langsung tidak bersekongkol dengan mana-mana musuh Islam, apatah lagi dari golongan kuffar. Beliau yakin Islam boleh mencapai kejayaan dengan sendiri, sebagaimana Rasulullah boleh mencapai kejayaan dalam perang Badar tanpa bantuan kuffar walau senafas. Walaupun tidak pernah bersekongkol dengan kuffar, namun nama Sultan Salahuddin sangat dihormati dan digeruni di Barat, yang mengenali beliau dengan nama Saladin.
Setelah membuat segala persiapan perang dan tentera Islam diperkuatkan, Sultan Salahuddin memimpin pasukan tenteranya meninggalkan Damsyik menuju ke Palestin (Baitul Maqdis) pada akhir bulan Muharam 583 H.
Berhenti di Bustan untuk menunggu ketibaan tentera dari Mesir, Mosul dan daerah-daerah Arbil. Tentera Islam bergabung atas satu landasan jihad fi sabilillah...
Sultan Salahuddin menyusun angkatan perangnya dan membina strategi terbaik untuk menawan pangkalan tentera salib di beberapa kawasan sekitar Baitul Maqdis terlebih dahulu.

Panglima Malikul Afdhal ditugaskan untuk mengetuai pasukan pemanah yang akan berada di barisan hadapan, Panglima Syamsudin mengetuai tentera pejalan kaki, Panglima Muluk mengetuai pasukan risikan dan Sultan Salahuddin sendiri akan memimpin pasukan berkuda.
Beberapa siri peperangan telah berlaku di Shafuria, Kota Kark, Kota Tabariyah, dan Kota Safariyah. Allah memudahkan kemenangan di pihak tentera Islam walaupun jumlah tentera salib jauh lebih besar setelah mendapat bantuan tambahan dari Eropah.

Sabtu, 29 Rabi'ul Akhir 583 H:
Sebelum peperangan di satu tempat bernama Hittin dimulakan, Sultan Salahuddin memberi amanat buat para pejuang Islam: "Kita berperang kerana membela agama dan umat Islam. Mereka berperang kerana benci dan marah. Sekiranya kita kalah, tentera salib akan terus menindas umat Islam selamanya. Kita perlu berperang habis-habisan, pilih antara dua.. sama ada menang ataupun syahid!"
 

Strategi tentera Islam pimpinan Sultan Salahuddin yang menguasai sumber air, melancarkan panah-panah berapi dan membakar rumput kering bagi mengepung tentera salib berjaya menewaskan mereka walaupun jumlah tentera kuffar jauh lebih ramai.


Tentera Islam berjaya menguasai bukit Hittin dan panji-panji Islam ditegakkan dengan laungan takbir

Tentera Islam yang syahid adalah seramai 5,000 orang dan tentera salib yang terkorban seramai 30,000 orang. Tentera salib yang ditawan juga seramai 30,000 orang termasuk Birnis Arnet (ketua panglima perang tentera salib).
 

Sepanjang memimpin tenteranya, Birnis adalah seorang lelaki yang sangat kejam. Banyak menumpahkan darah orang Islam, membunuh tawanan perang tanpa belas kasihan, wanita diperkosa dan pernah meminum darah kanak-kanak yang disembelihnya.


Tambahan pula Birnis pernah menghina Rasulullah, membunuh ramai jemaah haji yang bermusafir ke Mekah, dan merancang untuk menawan Mekah dan Madinah.. Semuanya adalah kesalahn besar yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam.



Walaupun telah menjadi tawanan, Birnis tidak terus dibunuh oleh Sultan Salahuddin. Bahkan baginda menyerahkan sebilah pedang kepada Birnis Arnet untuk berlawan satu sama satu.
  Birnis yang angkuh suatu ketika dahulu akhirnya berjaya ditetak lehernya oleh Sultan Salahuddin Ayubi.


Baki tentera salib yang terselamat sebagai tawanan perang telah dilepaskan dengan pembayaran wang tebusan. Mereka bersetuju untuk tidak berperang lagi dan akan kembali ke Eropah.



Selepas peperangan di Hittin, Kota Asqalan dan satu demi satu jajahan tentera salib jatuh ke tangan Sultan Salahuddin.

Ramai yang telah memeluk Islam dan menyertai tenteta Islam menentang tentera salib.

Buat pertama kalinya selepas lebih 80 tahun, tentera Islam berjaya menguasai kawasan pantai Syam dan hampir menuju ke destinasi untuk menakluk Baitul Maqdis... Allahu Akbar!


Sultan Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 04 Mac 1193 di Kota Damsyik. Apabila peti simpanan Salahuddin dibuka untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Sultan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Sultan Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyah, Damsyik merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal dan sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.

Alangkah baiknya jika dapat umat Islam mengambil iktibar daripada perjuangan Sultan Salahuddin Al Ayyubi ini




Yang baik dari ALLAH, yang tidak dari kelemahan saya sendiri.




Wassalam.Danish Farish

No comments: